Emas berperanan lebih daripada perhiasan bagi golongan wanita,
malah boleh dijadikan aset paling berharga untuk jaminan masa depan.
Kini emas boleh diniagakan pada harga tinggi dan walau apa pun yang
berlaku, nilai emas tidak pernah susut. Emas juga dilihat sebagai
pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu
kala ini.
Tidak dapat dinafikan bahawa beberapa faktor penentu harga
pasaran emas sama ada meningkat atau menurun dapat dijadikan panduan
untuk kita membeli emas agar dapat membeli pada harga rendah. Seperti
yang berlaku sebelum ini iaitu pada Julai dan Ogos, harga emas meningkat
dengan mendadak sebelum perayaan Aidilfitri dan disokong kuat oleh
faktor merosotnya ekonomi Amerika Syarikat dan penurunan harga saham
dunia.Ini membuatkan pelabur beralih kepada pelaburan emas dan
meningkatnya permintaan untuk penggunaan emas bagi musim perayaan
menguatkan lagi kenaikan herga emas.
Perayaan Deepavali untuk kaum India yang akan disambut pada
hujung October ini dan juga awal November kita menyambut Aidiladha untuk
yang beragama Islam akan membuatkan permintaan emas semakin meningkat.
Seperti yang sedia maklum bahawa India adalah pengguna emas terbesar
dunia dan perayaan ini akan membuatkan ramai kaum India membeli emas
dengan banyak. Permintaan emas yang banyak akan membuatkan harganya
semakin meningkat. Oleh faktor itu sekarang ini adalah masa yang paling
sesuai untuk membeli emas kerana dijangkakan harganya akan terus
meningkat lagi dan lagi sehingga hujung tahun ini.
Saranan
daripada Dato Salleh Majid (bekas Presiden Bursa saham Kuala
Lumpur-kini Bursa Malaysia) dalam artikel beliau GANDAKAN NILAI HARTA
DENGAN PELABURAN EMAS baru-baru ini menyarankan koperasi-koperasi juga
individu beralih kepada pelaburan emas yang terbukti satu pelaburan
paling selamat kala ini.
Masalah
utama yang menghalang untuk membeli dan menyimpan emas, adalah kekangan
kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke
sehari. Jika dilihat 5 tahun lalu (September 2006), harga emas 999.9
ketika itu sekitar RM62/gram saja berbanding sekarang (September 2011),
ia mencecah RM215/gram (hampir 3.5 X ganda). Dalam masa 5 tahun saja,
harga emas meningkat begitu tinggi malah lebih tinggi dari kenaikan gaji
sesetengah kita. Ini menyebabkan kemampuan beli kita pula semakin
menurun lebih-lebih lagi kepada mereka yang tiada kenaikan gaji atau
kenaikan gaji rendah.
Tidak
ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan hasil daripada memiliki dan
menyimpan emas. Cara yang baik untuk menyimpan emas ialah dengan
membeli emas bulion (jongkong) selain barang kemas. Ada juga yang
menggunakan buku pas atau akaun yang dikeluarkan oleh banyak bank di
Malaysia tetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas fizikal.
Disini saya senaraikan beberapa tips untuk membeli emas.
Tips membeli emas :
- Ar-Rahnu memberi kemudahan pembiayaan berlandaskan syariah tanpa terbabit dgn riba. Gunakan sepenuhnya dengan bayatan 35% dari nilai emas untuk memiliki emas 999.9 (24K)
- Pakar ekonomi menjangkakan peningkatan harga emas akan berterusan sehingga hujung tahun ini. Belilah emas sekarang sementara harga masih rendah dan nikmati kenaikan harga dalam masa terdekat.
- Pilihlah emas tulen 999.9 (24K) kerana susut nilai adalah sangat minimum tanpa kos upah membuat dan rekabentuk
- diambil daripada Berita Harian, Khamis, 22 Sept 2011