PERTAMA: KITA MENGAJAK DAN MENDAKWAH UMAT ISLAM MELINDUNGI KEWANGAN DAN KEKAYAAN MEREKA.
Duit kertas yang kita simpan bila-bila masa boleh susut nilai. Krisis
kewangan yang pernah melanda negara kita satu masa dahulu, adakah
mustahil berlaku lagi. Kerajaan memaksakan duit kertas, Tetapi kalau
duit susut nilai rakyat kena tanggung sendiri.
KEDUA: SISTEM KEWANGAN SEKARANG TIADA KEADILAN.
Projek-projek besar yang dibangunkan melalui dana-dana amanah atau saham
awam. Keuntungan yang diberikan sekitar 8% setahun hanya sekadar
menampung inflasi yang memamah kuasa beli duit kertas yang kadar
biasanya 4% setahun, dan boleh mencapai 6-7%.
KETIGA: BANK-BANK YANG ADA MENAWARKAN PINJAMAN BERKONSEPKAN KEUNTUNGAN BERGANDA.
Bank yang ada gagal melahirkan orang Islam yang kaya. Apa yang berlaku
mereka menawarkan pinjaman dan hutang yang besar dan biasanya berakhir
pula dengan memufliskan. Mengikut islam memberi pinjam atas dasar
“Bertolong-tolong atas perkara kebajikan dan takwa” bukan menjadikannya
perniagaan yang sangat laba. Kalau bank menyimpan dinar dan memberikan
pinjaman. Bank tidak perlu berorientasikan cas lebihan. Kerana dinar
emas dalam simpanan tetap naik nilai sebagaimana dinar emas yang ada
tangan peminjam, bila dikembalikan secara beransur tetap nilainya
meningkat.
KEEMPAT: MENINGGALKAN HARAM ,SYUBHAT DAN TIDAK JELAS BERTUKAR KEPADA YANG HALAL.
Melaburkan wang kita kepada saham-saham yang masih berkait dengan
tempat-tempat haram tidak akan menenangkan jiwa kita, kerana “Dosa
adalah perkara yang mendatangkan keresahan dan keraguan di dalam jiwa”.
Ada pula saham yang banyak melibatkan orang islam yang dikategorikan
harus. Ini pun satu yang perlu dilihat semula. “harus tidak semestinya
halal”. Kalau kita berada dihutan tiada makanan lain yang boleh kita
makan melainkan khinzir, kalau kita tak makan boleh menyebabkan kita
mati, maka pada ketika itu “harus” kita makan. Tapi ini tidak bererti
khinzir itu halal. Itu pun makan sekadar untuk hidup.
Kalau pengharusan saham-saham harus tersebut kerana maslahat akan
datang, bimbang jarak ekonomi umat islam akan jauh dengan bukan islam
jika tidak melabur. Kita kena tengok pelaburan yang lain lebih banyak
menguntungkan, dan ternyata menyimpan emas adalah satu pelaburan yang
lebih menguntungkan dan tiada berisiko. Maksud saya emas fizikal, bukan
sekadar nilai.
KELIMA: BERSAMA MELAKUKAN JIHAD EKONOMI.
Kenapa dollar sebagai matawang yang mesti diterima oleh semua negara
islam termasuk kita. Kenapa tidak dinar. Kenapa kita membangunkan
matawang kapitalis yang mendakwa polis dunia yang semahunya meruntuh dan
menghancurkan negara umat Islam. Bersengkongkol dengan zionis israel
membunuh rakyat Palestin. Emas kontra dengan dollar. Emas naik – dollar
akan turun. Dollar naik – emas turun. Emas pasti akan naik. Kita boleh
mendidik negaranya supaya tidak ego dengan negara umat Islam. Hanya
dengan perlaksanaan dinar emas.